Wednesday 28 December 2011

Cara Menarik Perhatian Murid Belajar Matematik

  1. Gunakan lagu-lagu yang menarik berkaitan pengajaran dan pembelajaran menggunakan melodi yang biasa didengar seperti lagu 'Rasa Sayang'
  2. Adakan hadiah atau ganjaran sekiranya murid lulus atau mendapat gred A dalam setiap ujian yang diadakan.
  3. Gunakan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik, berwarna-warni dan jelas.
  4. Bawa murid belajar di luar bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
  5. Teknik menghafal sifir secara individu semasa perhimpunan mingguan sekolah.
  6. Adakan kuiz Matematik secara mingguan atau bulanan.

Flying Fox

Adakah anda berani?

Saya terpaksa berani 
demi untuk membuktikan kepada murid-murid 
bahawa guru adalah model terbaik
 untuk mereka contohi.

Takut dan berdebar?

Sudah semestinya....

Cara hilangkan debaran?

Kira 1 sampai 100, pasti berjaya....

Cubalah!....

Hai hai hai.....


Bersama rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan.
Kerjasama membawa berkat.
Kesepakatan membina ukhwah.
Keserasian membibitkan rasa kemesraan.
Kemesraan menjamin kebahagiaan berpanjangan.

Kenali Nombor

  • Nombor memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.  
  • Nombor digunakan untuk menyatakan bilangan dalam pelbagai kuantiti sama ada banyak atau sedikit.
  • Nombor boleh dikira dengan tepat atau jika tidak tepat boleh menggunakan kata bilangan yang sesuai.
  • Nombor yang paling asas ialah bermula dengan 0 diikuti dengan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
  • Nombor boleh dikira sehingga digit yang terbesar melebihi juta.
  • Murid-murid berminat belajar nombor terutamanya tajuk 'Wang' dan 'Waktu'

Cara ingat formula matematik guna lagu



Belajar melalui lagu lebih mudah dan digemari oleh kebanyakan murid.

Sebaik-baiknya, guru sediakan lirik terlebih dahulu sebelum meminta murid mendengar dan menyanyikan lagu bersama-sama.

Selamat belajar!

Pengajaran Efektif


          Seorang guru yang dedikasi dan mengamalkan ciri-ciri profesional akan sentiasa melayan anak didiknya secara sama rata.

         Tanpa membezakan mereka dari segi kebolehan, warna kulit, taraf hidup, bangsa dan agama.

         Adakah kita sebagai guru sentiasa memberi yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita?

         Fikir-fikirkanlah.....

Menghafal Sifir

           Kebanyakan murid-murid Melayu di Sekolah Kebangsaan tidak menghafal sifir.  Oleh sebab itulah pencapaian mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan kurang membanggakan, sekadar lulus sahaja dengan gred B dan C.  Hanya beberapa murid sahaja yang berjaya mendapat gred A.

          Jauh berbeza dengan pencapaian murid di Sekolah Cina.  Lebih ramai yang mendapat gred A dan pencapaian cemerlang 90% lulus.

Apakah sebab berlakunya perkara tersebut?
Antaranya ialah :

  • Tidak hafal sifir terutama sifir 6,7,8 dan 9
  • Kurang latihan mengikut subtajuk yang berkaitan
  • Tidak minat belajar Matematik
  • Matematik dalam Bahasa Inggeris

Monday 28 November 2011

Pengajaran Makro









           Saya mengajar di SKM iaitu 'sekolah kurang murid yang terletak agak pedalaman sedikit, dalam sebuah kampung yang dinamakan Kampung Nuri.  Sekolah yang tua di kawasan ini dan tidak semua tahu lokasinya.  Malah  ada juga guru-guru yang telah bertahun-tahun mengajar di daerah Kuala Pilah tidak tahu letaknya sekolah saya. 

          Tahun pertama saya mengajar di sekolah ini pada Januari 2008 selepas bertukar dari Melaka ke Negeri Sembilan, muridnya hanya 12 orang. Tahun ini, tahun ke 4 saya mengajar di sekolah ini, muridnya telah bertambah kepada 21 orang.  

             Alhamdulillah, tahun ini sekolah telah mencipta sejarah apabila salah seorang murid tahun 6 daripada 4 orang telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2011 yang lalu dan kelulusan 100%.  Saya amat bersyukur kerana akhirnya usaha kami, guru-guru tahun 6 untuk melahirkan murid yang berjaya dapat 5A dalam semua mata pelajaran tercapai.  

         Mungkin rakan-rakan blog ini hairan atau tersenyum apabila saya gembira walaupun hanya seorang yang berjaya digilap sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.  Latar belakang kebanyakan murid-murid di sekolah saya mempunyai keluarga yang bekerja sebagai penoreh getah atau kerja kampung atau tinggal bersama datuk dan nenek.  

          Dan kebanyakan mereka mengharapkan bimbingan guru-guru di sekolah 100%.  Saya bersama rakan-rakan guru berazam untuk menjadikan sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Dato' Undang Kamat sebagai sekolah yang dikenali ramai. 

          InsyaAllah.

Friday 14 October 2011


Perhimpunan pagi sekolah SK Dato' Undang Kamat, Johol, Negeri Sembilan.
Murid-murid sedang membaca ikrar diketuai oleh ketua murid.
Jumlah murid 21 orang
Jumlah guru 14 orang
Lokasi : 5 km dari pekan Johol, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan